Sunday, June 27, 2010

Aku CoPy PasTe Je uTk ReNunGan bErSame....hOhO...

MONOPOLI/JUTARIA : SERANGAN AWAL TERHADAP MINDA KANAK2...


Assalamualaikum, dengan izin Allah saya mendapat Ilham untuk menulis tentang satu permainan yang dipandang remeh dan ringan oleh masyarakat. Mungkin ada yang menyedarinya dan mungkin ada yang leka bermain dengannya.



Seperti yang kita ketahui, kanak-kanaklah yang sering bermain monopoli/jutaria dan ini merupakan kebahayaan yang besar terhadap masa depan dunia. Pertama sekali permaianan ini berdiri di atas asas sistem kapitalis dan Gharar (penindasan) yang amat menguntungkan misi dajjal.

Bagi mereka yang pernah bermain monopoli, kita dapat mengetahui pelbagai sistem yang keji terdapat di dalam permainan itu. Contoh sistem yang keji itu ialah Sistem Wang kertas. Bermulanya dengan wang kertas itu maka bermulalah detik-detik tindas menindas di dalam permainan itu.

Seperti yang kita ketahui asas permainan ini ialah yang kaya menjadi semakin kaya dan yang miskin menjadi semakin miskin. Cuba jika anda berjaya membina satu hotel, maka anda akan bertambah kaya dan semakin kaya manakala lawan anda yang lambat membina hotel atau rumah akan menjadi miskin dan semakin miskin.



Pada asas inilah kanak-kanak akan berfikir kekayaan boleh dikuasai dengan kejatuhan orang lain dan kemiskinan orang lain. Sikap ini dimasukkan secara halus kepada setiap minda pemain sehingga berasa seronok apabila menjadi kaya raya bersumberkan kemusnahan orang lain.

Salah satu sistem yang cuba diterapkan ialah sistem Riba. Contohnya jika anda mempunya 1 rumah anda akan didenda 1000 jika melalui rumah itu. Namun, apabila anda membina 2 rumah, bayaran laluan bukan lagi menjadi 2000 namun menjadi 2500 atau 3000. Tidakkah ini latihan riba yang berterusan?


Dapat kita lihat di dalam permainan ini, gajii yang diberikan oleh pihak bank akan kembali semula kepada bank atau orang kaya yang menindas. Kita juga dididik dengan tempat hiburan mempunyai tanah yang mahal. Tempat maksiat seperti Las Vegas melambung tinggi harga tanahnya dan bayaran yang tinggi dikenakan ketika melaluinya. Maka pemikiran kanak-kanak akan tertumpu kepada mudahnya membina kekayaan di tempat maksiat dan dari hasil maksiat. Terdapat pelbagai pantang larang Islam yang dilanggar di dalam permainan Monopoli tanpa kita sedari

Tambahan pula mereka menyumbatkan seseorang ke dalam penjara kerana terperangkap dengan sistem yang dicipta oleh mereka sendiri. Mahu tidak mahu mesti masuk penjara dan boleh keluar penjara dengan membayar wang kepada pihak atasan. Ya, maka di sini begitu jelas kemasukan pemain ke dalam penjara adalah hasil dari kepincangan sistem yang menjerat. Cara masuk penjara adalah keji dan cara keluar penjara juga keji.

Lihatlah betapa liciknya Dajjal membentuk kanak-kanak dari peringkat awal dan generasi kapitalis inilah yang ingin dibentuk secara sistematik. Saya menyeru untuk mencegah kanak-kanak (mahu pun dewasa) dari bermain permainan yang membentuk minda menjadi lebih buruk dan kejam. Maka kanak-kanak yang sudah dibentuk minda secara kapitalis ini akan bertebaran di muka bumi menjalankan sistem kapitalis di dalam dunia sebenar dan mengukuhkannya lagi. Maka bertepuk tanganlah Dajjal di atas kejayaan ini. Wallahua'lam

No comments: